Pada masa kini trend tuisyen di rumah atau home tuition dilihat telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat terutama bagi mereka yang tinggal di Bandar. Permintaan terhadap perkhidmatan tuisyen di rumah meningkat setiap tahun disebabkan oleh kesedaran ibu bapa yang sentiasa mementingkan pendidikan untuk anak-anak. Mereka sedar pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti hidup.
Selain daripada soal harga, persoalan lain bagi ibu bapa yang ingin mengambil perkhidmatan tutor peribadi ke rumah ialah, adakah anak betul-betul perlukan bimbingan tutor peribadi? Teruskan membaca untuk mengetahui empat tanda ini:
- Adakah anak anda mempunyai masalah untuk menyiapkan kerja rumah?
Sebagai contoh, esok anak anda perlu menghantar kerja rumah subjek matematik, tetapi dia seperti tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Bila buka buku latihan je terus rasa stress sebab tak dapat nak jawab, walaupun topik berkenaan mudah bagi rakan sekelas yang lain. Dalam fikiran anak terus terfikir untuk meniru saja kerja rumah rakan bila tiba waktu rehat esok. Asalkan siap sudah laa, yang penting cikgu tak marah. Tapi masalahnya, bila exam nanti nak tiru siapa ? hmmm.
Dalam kes ini masalah anak mungkin tak dapat fokus dan tak faham apa yang cikgu ajar di sekolah atau di pusat tuisyen kerana bilangan pelajar yang ramai dalam kelas. Oleh itu anak anda kemungkinan besar memerlukan pembelajaran secara one-to-one. Hal ini kerana mengikut kajian kaedah pembelajaran secara home tuition atau one-to-one merupakan kaedah pembelajaran yang paling berkesan berbanding kaedah pembelajaran yang lain (Journal for Educational Research).
- Adakah anak anda kerap bertanya mengenai kerja rumah yang anda sendiri tidak tahu bagaimana nak menjawabnya?
Oleh kerana silibus kurikulum sekolah dan format peperiksaan yang telah lama berubah, anda akan dapati sesetengah subjek agak susah untuk diselesaikan. Sekiranya diteliti format soalan peperiksaan yang terbaru, sebenarnya ia lebih sukar jika dibandingkan dengan format lama. Sebagai contoh bagi pelajar tingkatan 3, peperiksaan PMR yang dahulunya telah ditukarkan kepada peperiksaan PT3 yang memerlukan bukan sahaja pengetahuan untuk menjawabnya, tetapi memerlukan anak untuk menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Oleh itu jangan ragu untuk meminta bantuan tutor peribadi bagi membantu anak anda. Hal ini kerana mereka lebih tahu dan berpengalaman mengajar silibus kurikulum sekolah terkini seperti KSSR dan KSSM.
- Adakah anak anda lemah dalam subjek-subjek tertentu?
Setiap pelajar mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Sebagai contoh seorang pelajar mungkin cemerlang dalam subjek Bahasa dan Sains tetapi sering mendapat markah rendah dalam subjek Matematik. Sekiranya anak anda sedang bergelut dengan situasi yang sama segera dapatkan bantuan tutor untuk fokus bagi subjek berkenaan sahaja.
Tutor peribadi akan mengenal pasti kelemahan anak dan mencari jalan untuk mengukuhkan asas dan konsep terlebih dahulu. Setelah asas dan konsep bagi subjek berkenaan telah dikuasai langkah seterusnya akan difokuskan kepada teknik menjawab soalan peperiksaan supaya mendapat markah penuh. Insya-Allah markah peperiksaan anak anda akan melonjak selepas ini.
- Adakah terdapat perubahan sikap anak anda terhadap sekolah?
Pada awal tahun sesi persekolahan, anak berasa teruja untuk ke sekolah tetapi sekarang anak tidak lagi bersemangat dan seolah-olah terpaksa untuk ke sekolah. Sebenarnya banyak faktor yang memungkinkan perkara ini berlaku. Antaranya ialah kurang keyakinan diri (self confident) akibat terlalu lama tercicir dalam pelajaran dan sering mendapat nombor tercorot dalam kelasnya sehingga menyebabkan rakan sekelas memandang rendah terhadap anak. Dalam kes ini kebanyakkan ibu bapa akan marah dan membandingkan anak mereka dengan anak orang lain dengan harapan anak mereka berubah. Sikap ibu bapa seperti ini sebenarnya hanya akan menjahanamkan anak dan masalah ini perlu dipandang serius.
Untuk menyelesaikan masalah ini bantuan tutor peribadi amat diperlukan. Selain hanya mengajar pelajar, bantuan tutor peribadi secara tidak langsung dapat menyuntik semangat ke dalam diri pelajar melalui perkongsian pengalaman dari tutor itu sendiri. Bila keputusan peperiksaan anak dah meningkat sedikit secara automatik anak akan rasa seronok dan keyakinan dirinya bertambah. Anda sebagai ibu bapa pun mesti happy bila tengok anak dah kembali bersemangat untuk belajar.
Jadi, apa yang anda harus lakukan?
Sekiranya anda menjawab ya untuk salah satu daripada soalan di atas, sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan untuk mengambil perkhidmatan tutor peribadi ke rumah pada harga yang berpatutan. Home tuition adalah kaedah terbaik untuk memastikan anak anda mendapat sepenuh perhatian untuk cemerlang di sekolah. Kajian membuktikan 98% pelajar yang mengambil home tuition menunjukkan peningkatan markah yang ketara.